Monday, April 30, 2012

K-POP

Assalamualaikum semua !

tadi g tengok2 kat youtube . ada la jumpa mv B1A4 . tapi .... lagu ape ni yang ?! tak pernah dengar la pulak . entah zaman bila punya lagu baru aku nak sedar . heheh . tapi best gak lah cme aku tak tw title nye ape .

gong chan aku comel lah pulok . hehe


BTOB - Insane

lagu ni pulak aku baru minat 2-3 minggu lepas sebab macam best je masa dengar dekat SBS Inkigayo . heheh








Sunday, April 29, 2012

RESULT FINAL EXAM SEMESTER 1



Assalamualaikum semua !
*muka buat2 ceria*



kelmarin 27hb april 2012 , terjawab lah sudah segala teka teki teka tekuk , ular mati dalam mangkuk . eheh . hari jumaat lepas terungkai lah segala nya yang selama ni dah buat student dip. uitm menggelabah tak tentu pasal . ramai gak budak2 kt fb yang suka nyer dapat result with flying colours ! jeles nyer . haih ! jangan nak menggedik pulak aku nak jeles . padan muka aku . sape suoh tak nak setadi . hah ! hamek kau !

akibat kemalasan yang tahap gaban macam nak kena tampor je , aku punye result tak lah baik mana tapi alhamdulillah tak banyak kena repeat . teettttt ! mesti ada yang kata kena repeat pon nak hebah kt blog . sukahati aku lah . blog ni bukan ahmad albab yang punye tapi aku punye . tak suka ? blah la ! heheh . 

yang penting aku pass walaupon ad yang kene repeat . aku harap next sem aku boleh memaksa diri untuk menatap buku2 . ewahh !

coretan :: aku masih bernasib baik . ada ag owg yang lbey truk dari aku .haaahhh ! nk lepak dengan SOU !



Wednesday, April 25, 2012

SECOND GIVEAWAY BY IZYAN NADIAH

Assalamualaikum semua !


hari ni aku join GA yang dianjurkan oleh IZYAN NADIAH sebab owner blog ajak aku kalau aku berminat . hehe . aku pon terus terjah blog dia . hadiah menarik ! ngee ~ spe nk join boleh la klik kt gambar yang ada kat atas 2 okayh . jom ramai2 join GA ni . 


coretan :: hello to myself DREAM HIGH 2


Tuesday, April 24, 2012

.....

Assalamualaikum semua !

okayh . pagi tadi dalam pukul 10 pagi aku pegi blajar bawak kete lah ye . ok ! it's my first time ! cuak sangat2 . da la asek kne marah tadi . arghhhh ! stress nye bawak kete . susah kot . da la bapak aku tak mau ajar bawak . haishhh ! sape baek hati nak kasi lecture kat aku pasal kete sila angkat kaki ! yeah !


coretan :: recently watching Hello Baby and become addicted . ngee ~




Monday, April 23, 2012

LESEN KERETA

Assalamualaikum semua !

movie cars 2 aku pakai bahasa ape ntah . mampos nak paham


hari ni aku g PRA-L kereta . uihhh . bru nk PRA-L tp nk test bln depan . aduhh risau3 . cmne nieh . padan ngan muka aku kan . sape suruh tunggu si nad . kan dah kena camni . cube kalau awal2 aku da g sendiri . silap2 cepat je aku test . nevermind lah . dah naseb kot . iqah ! aku akan try g test sama ngan kw ehh . hehe

okeh . hari ni dah dengar teori 3 jam . tapi satu haram ape pon ta paham ape yang pak cik 2 bebel la hai . dan aku gak bru tw yang klau kita nak bawak kete ta boley kaki ayam . woahh ! kne saman memang sedap arr kne rm300 . cik pah bawak kete jangan lupa pakai kasut ea . hehe . 



coretan :: bsok g PRA-L praktikal plak . ta tw langsung pasal kete ! kecut gak .




Saturday, April 21, 2012

NOVEL DAH HABIS .

Assalamualaikum semua !


malam tadi aku dah habiskan novel ketujuh yang aku beli ari tu guna baucer RM200 tu . ada 7 buah buku semua nya . aku memang saje nk abes kan bce buku2 tu time cuti sem . 

novel yang first ialah AKHIR SEBUAH CINTA


SINOPSIS

Apalagi yang ada pada seorang wanita itu melainkan maruah dan harga dirinya. Seandainya kedua2 dirampas, dia sudah tidak punyai apa2 lagi. Dia hanya mempunyai jasad yang bernyawa tanpa apa2 harga. Mimi Atia sedih! Mimi ATia terluka dengan apa yang berlaku. Tetapi masa tidak dapat diputar kembali. Dan dia telah kehilangan segalanya.

"Hai, baru sekarang nak balik. Keluar dengan lelaki pastu dua hari kemudian baru nak tunjuk muka. Hebat perangai ustazah ni. Macam mana? Tuan Ezairy kau tu bawak kau ke Phuket ke? Atau bawak kau ke Golok? Tak sangka ya, diam2 ubi berisi." Tengku Khuzairi tiba2 berkata.

Dia....lelaki yang disyaki membunuh. Dia...lelaki yang banyak menyakitkan hati aku. Dia...lelaki yang pernah menengking aku. Dia...lelaki yang sering membuatkan aku menangis. Dan dia...banyak melukakan hati aku. Dengan tiba2 Mimi ATia menitiskan air mata. Tengku Khuzairi...kenapa kau perlu datang dalam hidup aku.

Tolonglah Atia, cermin diri kau dulu. Kau siapa? Kau hanya seorang gadis kampung, yang tak der apa2. Kau sepatutnya tahu Atia, kau akan menyebabkan abang aku dipandang hina. Kau akan musnahkan kehidupan dia. Kau mahu tengok ker abang aku kena sisih dengan saudara mara aku.


bagi aku novel ni ok lah . not bad . memang best la masa mula2 Tengku Khuzairi tu masuk rumah Mimi Atia . klaka je . novel ni aku kasi 4.5/5 bintang


YANG INDAH HANYA SEMENTARA



SINOPSIS

Berkisar tentang kebahagiaan suami isteri yang diuji apabila Syufiqa terlalu obses terhadap Mia Batrisia, seorang penulis novel. Alasan simpati terhadap kisah duka yang berlaku dalam rumah tangga Mia Batrisia mendorong Syufiqa memaksa suaminya, Samwil mengahwini Mia Batrisia tanpa mengetahui Samwil dan Mia Batrisia pernah mencipta memori zaman remaja bersama-sama. Sejauhmanakah rasa obses Syufiqa boleh mengatasi semuanya?


bagi aku novel ni agak kurengg laa . citer nya agak bosan dan aku mengambil masa yang agak lama nak abiskan novel ni . hiyahhh ! first2 citer ni memang bosan tapi dah nak akhir2 baru best la . novel ni aku kasi 3/5 bintang !


GULAI PISANG IKAN MASIN


SINOPSIS

Kisah pasal Ipin, pemuda kampung yg lembab zaman persekolahannya dan sentiasa di buli teman2.
Latifah and the gang yg slalu back up dia dan kdg2 join buli gak. 
Dia terpaksa berhenti sekolah pada darjah 6 sebab nak bantu mak dia meninggal.
Ayah dia di sihir org sampai gila. Dari kecik dia dah belajar mencari rezeki dgn keje sawah dan ambil upah orang kampung. 
Sampai dia besar, kehidupan mereka masih sama.
Pemborong yg slalu beli ikan yg ditangkap Ipin ni suggest dia untuk buka kolam ikan.
Kolam ikan berjaya diusahakan Ipin dgn bantuan kewangan dr kerajaan.

Latifah berjaya jd lawyer dan menaruh hati pada Ipin. Ipin pun sama.
masalahnya ayah Latifah, Long Deraman yang tak sukakan Ipin sekeluarga
sebab Long dulu syok kat mak Ipin tapi mak Ipin kahwin dgn bapaknya.
Dan tanah yang Long Deraman bina rumahnya tu milik ayah Ipin.
Dia belum settle bayar hutang tanah tu lagi.
Dan Long juga manusia yang bertanggung jawab mengsihirkan ayah Ipin sampai gila.

Satu malam tu ribut, pokok kelapa tempat Long Deraman tanam tangkal yg bg ayah Ipin gila dah tumbang.


bagi aku novel nni macam slow lah . tapi ok citer pasal zaman kanak2 . novel ni aq kasi 3/5 bintang !


KASIH BERSULAM CINTA


SINOPSIS 

Macam orang angau. Kalau aku yang angau lainlah. Dah dua minggu aku tak jumpa tunang aku.” Terdiam Anis Razikin seketika. Angau. Perkataan itu yang disebut oleh Norma. Aku angau? Hah... biar betul!

Dia tidak pernah bercinta, tentulah dia tidak tahu bagaimana rasanya bercinta. Kata Norma, “Kau belum rasa... kalau kau dah masuk dalam dunia cinta, baru kau tahu penangannya.” Dia dan Hakim dipertemukan dalam keadaan yang tidak memihak kepada mereka. Lalu, ikatan itu terjalin tanpa perasaan... tanpa cinta. Bagaimana rasanya rindu pada seseorang yang disayangi? Dia tidak tahu, tapi apa yang pasti setiap kali mengingati Hakim... dadanya terasa sesak, jantungnya berubah irama. Acap kali Hakim mengucapkan kata rindu, namun apakah dia juga begitu?
Tetapi, kalau bukan angin rindu, kenapa dia begitu kepingin mendengar suara Hakim? Mulut memang sering menafi kan, tapi hati tak pernah mahu berkompromi. Hah... dalam diam, dia sudah pandai menjadi perindu! Kerana rindu... bunga-bunga kasih berkembang di hatinya, lalu tercipta suatu perasaan indah yang tidak pernah dirasainya sebelum ini, rasa istimewa hanya untuk si dia... CINTA.

bagi aku citer ni ok . suka plak aku baca citer kawin paksa ni . aku rasa 50% novel baru aku ni citer pasal kawin paksa je . haha . novel ni aku kasi 4/5 bintang !


SUAMI YANG KUBENCI


SINOPSIS

 "Seseorang itu dicintai bukan kerana kesempurnaannya tapi dia kelihatan sempurna kerana dia dicintai..."

Perkahwinan antara dia dan Uwais Ukasyah bagaikan duri yang mencucuk tangkai hatinya.Dia bencikan lelaki itu kerana baginya seorang penjual burger tidak layak untuk memilikinya sebagai seorang isteri. Kalaulah bekas tunangnya Tengku Muiz tidak menconteng arang pada maruah keluarganya. Pasti perkahwinan ini tidak akan terjadi. Ditelan juga rasa pahitnya pernikahan itu

Hannah Maryam, Nama secantik wajahnya. Namun sayangnya..cantik itu hanya pada wajah bukan pada hati!. Kebencian isterinya itu hanya disanggah dengan kesabaran. Dia sedar dia bukan putera raja mahupun jutawan ternama. Uwais Ukasyah berpegang pada kata hati..satu hari nanti dia akan pastikan dia bukan lagi suami yang dibenci. Penjual burger juga layak untuk dicintai!

Mampukah rumahtangga Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah bertahan tanpa permulaan yang begitu indah? Kehadiran Fawaz pula menambahkan lagi kekeruhan rumahtangga yang berantakan.. lakonan demi lakonan dimainkan. Kemana hala tuju pernikahan mereka? atau mungkin perceraian jalan penyelesaian terbaik.

"Terima Uwais? Kau buat lawak ke apa ni? Malaslah aku nak cakap pasal dia…." Bila nama Uwais disebut, dia mula rasa kurang senang. Dia masih tidak boleh lupakan pergaduhan beberapa hari yang lalu. Pasal burger pun nak marah orang, macamlah sedap sangat burger dia tu....

"Lawak apa pulak, kan elok kalau kau mula berfikir pasal masa depan kau dengan dia? Korangkan dah jadi suami isteri...."

"Masa depan? Aku ada masa depan ke dengan lelaki macam tu? Kerja pun jual burger... masa depan apa yang dia boleh bagi kat aku, Maira?"

"Astaghfirullah.... Mengucap Hannah, tak baik kau cakap macam tu…!"

"Kau nak aku cakap macam mana lagi, Maira? Kau nak aku bersyukur dapat suami macam tu? Kau faham tak yang aku tak boleh terima cara hidup dia tu? Dia tu low class, kau tahu tak?


novel ni memang superb ! spe yang memang kaki ulat buku suka baca novel memang rugi kalau tak baca novel ni lagi . best sangat2 . bnyak gelak2 . aku bagi 5/5 bintang !


BUKAN HANYA SESAAT



SINOPSIS

Perkahwinan Maryam dan Arief bukanlah atas dasar suka sama suka, tetapi atas pilihan ibu bapa masing-masing.Sangka mereka, kedua-dua pasangan ini boleh serasi dan sehidup semati, namun lain pula ceritanya. Hendak menyesal tiada gunanya. Bergaduh-gaduh dan kemudian berbaik semula. Itulah rutin harian Maryam dan Arief. Apa sahaja yang tidak kena pada Maryam, akan diperlekehkan oleh Arief. Maryam bukan seperti yang disangkakan oleh Arief. Maryam seorang wa ni ta yang penyabar dan sentiasa menjaga tatatertib sebagai Muslimah.

Arief pula kuat cemburu... cemburu buta yang tidak bertempat! Namun, maruah Maryam benar-benar diinjak apabila Arief sewenang-wenangnya melafaz kan cerai setelah terperangkap dalam muslihat sepupunya sendiri, Melissa. Sudah terhantuk, baru terngadah. Arief menyesal dan hilang arah. Rupa-rupanya bukan hanya se saat dia mencintai dan merindui Maryam! Mahu merujuk kembali, Maryam pula sudah serik. Malah, lamaran Ustaz Zaid mengganggu fikirannya. Perlukah dia menerima sedangkan Arief tidak henti-henti memujuk? Namun, dalam saat begini, cinta dan kasih sayang nya terhadap Arief masih menebal di sanubari.

novel ni aku kasi 4/5 bintang ! 

CINTA KONTRAK



"Oi cicak kobeng! Ayat aku tu! Yang kau sibuk-sibuk ciplak buat harta sendiri pulak apahal? Ayat aku tu milik aku secara rasmi tau tak!" Aku semburkan ayat-ayatku dihadapan wajahnya.
Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat Alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.
Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis yang berkelulusan dari luar negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah daddynya, Dato' Eddy disebuah syarikat besar.
Takdir menemukan Airysha yang brutal dengan Danial yang ego di butik mommy Danial, Datin Aleeya! Danial cuba mendapatkan Airysha tanpa merendahkan egonya. Danial membawa Airysha untuk bertemu orang tuanya untuk dikahwinkan. Tetapi perkahwinan ini bersyarat! Kontrak yang direka Danial dipandang remeh oleh Airysha.
Disaat akad nikah hampir tiba, Airysha menyusun strategi untuk lari!, Airysha mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak tersebut. Lantas sekeping kertas yang tertera kontraknya, dibuang. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan masih diteruskan? Bagaimana kehidupan Airysha selepas ini? Adakah masih terkurung disangkar yang disaluti emas? Bahagiakah dia? Bagaimana pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha? Bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, apa yang akan terjadi?
"Kontrak! Kontrak! Kontrak! Tu je yang kau tau nak sebut? Yela! Yela! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tido atas sofa? Kau ni manusia takde hati, takde perut!" selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial mendengus perlahan.


novel yang ni pon sama macam suami yang kubenci . aku suka gyler . hehe . novel ni aku kasi 5/5 bintang !


HINGGA KE AKHIRNYA



SINOPSIS

Mimi Atia gagal menerima Tengku Khuzairi sebagai suami kerana masih dihantui kenangan lalu. Tengku Khuzairi berubah, dia tidak lagi berperangai seperti dahulu. Namun, Mimi Atia telah menetapkan batas-batas pergaulan di antara dirinya dengan Tengku Khuzairi..malah lelaki itu tidak diperlakukan selayaknya sebagai suami. Perkahwinan Mimi Atia dan Tengku Khuzairi telah memalitkan duka di hati Raja Isyirah, iaitu adik kepada Raja Irwan. Raja Isyirah nekad ingin menghapuskan mereka. Lalu, Tengku Khuzairi dan Mimi Atia diculik dalam suatu serangan yang dirancang oleh Raja Isyirah. Adakah insiden selanjutnya lebih teruk menimpa Mimi Atia?


novel ni pulak adalah sambungan untuk novel akhir sebuah cinta . novel ni aku kasi 4.5/5 bintang !

aku malas nak ulas  sebab malas nak type . hehe


coretan :: sume sinopsis aku copet kt blog owg sebab malas nk type . hehe . sory ad yang tulisan kecik besar



Friday, April 20, 2012

LAUREN LUNDE YANG CUTE !


Assalamualaikum semua !


da lama btol aku tak update blog ni . hehe . sekarang ni aku da terpengaruh dengan variety show HELLO BABY season 5 . dalam season 5 ni yg jadi appa ialah charismatic idol MBLAQ . yeah ! aku memang immersed gyler kot dengan anak diowang . MBLAQ dikehendaki menjaga 3 owang kanak2 . yang mana kanak2 tu sume kiut belaka . hihi

the happy family !

ni LEO . pretty flower boy .

DAYOUNG . the ice princess

yg ni plak budak yang paling comel sekali . aku memang admire gyler ahh . sampai berangan nak anak comel cenggini . kepada bakal suamiku . muka anda comel sket ehh . t bley dapat anak comel cenggini . hehe


LAUREN . a girl with full of aegyo

memang no wonder lah LAUREN ni comel . model kanak2 . sangat suka tengok muka budak ni . rasa nk cubit2 je pipi nye tuh . heheh . setiap appa ad rank sendiri yang dipilah oleh budak2 ni . aku tak suka betol la yang LEE JOON dpt ranking yang last sekali . padahal aku rasa LEE JOON lah yg paling terer sekali handle budak2 ni . kira boleh jadi appa yg baik lah untuk anak2 dy nanti . tapi ... haish !

ok lah sampai sini je . len kali aku update lagi kalau rajin . hehe

coretan :: harap awak ada perasaan yang sama macam saya . hehe




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails